Saturday, 21 June 2014

Dugaan lagi

Assalamualaikum :'(
semalam 21/6/2014 hari sedih bagi aku. Baru ada masa nak story dekat blog ni. Bangun je dari tidur semalam ibu tetiba marah aku. Aku tak tahu kenapa ? ibu tanya aku sape lelaki dalam gambar yg adik letak dalam wechat ? aku tanya lah gambar yg mana ? aku takde kot letak gambar berdua dgn lelaki dekat wechat. Nak bagi ibu puas hati, aku tunjuk gambar dalam phone aku tu dekat ibu. Aku explain gambar tu dekat ibu, dalam gambar tu ade tiga orang, aku, zatul and dayat pakwe zatul. Ibu and ayahanda ingat perempuan sebelah lelaki tu aku ? hey, zoom lah betul2 gambar tuu ! itu bukan adik ibu ! Bila explain dekat ayahanda, dia langsung taknak dengar. Malah, aku pulak kena marah dengan ibu. Ibu and ayah kandung aku sendiri pun takde nak marah aku, ni kan kau pulak orang asing yang hanya ayah tiri nak marah aku ? seriously aku tak boleh terima. Menangis tak berhenti aku :'( Ibu usap rambut aku then ibu bisik dekat telinga aku, 'sabar lah dik, kuatkan semangat and tahan jelaa'. Terus airmata aku laju mengalir saat tuu. Selalu disalah sangkakan. Dia cakap aku pembohong besar ? penipu ? taknak percaya aku sudah lahhhh ! Terasa macam nak lari dari rumah tu tapi adik ingat ibu. Aku pelik, benda yang kecik pun nak dibesarkan ? Macam aku ni budak kecik mentah lagi. Arwah ayah pun takde nak halang aku buat itu ini asalkan benda tu tak salah disisi agama. Tapi kau ? nak marah ? meningking aku ? aku memang tak boleh terima. Sorry ! Macam2 perasaan timbul pada kau. Macam mana nak suruh aku terima kau ? sedangkan kau nak api-api kan aku dengan ibu ? memang taklahhh ! Better aku diam kan diri. Lantak lah nak cakap aku kurang ajar ke apaa ? asalkan aku hormat and tak lawan cakap ibu aku. Aku tak tahu nak luahkan dekat sapa ? aku sorang :( dengan cara menangis la dapat membuatkan hati aku lega and lepaskan semuanya. Daripada satu, satu masalah yang datang. Masalah dengan kau MNH ? tiada kesudahan. Ya ALLAH, apa lagi dugaan yang kau mahu berikan pada aku ? Berilah aku kekuatan untuk aku menempuhi semuanya. Hanya engkaulah yang tahu isi hati and luahan hati aku ini. Tenang bila berjumpa kau dalam solat dan doa. Hope hari yang seterusnya lebih baik dari semalam, amin :'(

#luahan hati NS

No comments:

Post a Comment