Sunday 17 August 2014

BestFriend

Assalamualaikum blogger :)
18 Ogos 2014, Happy Birthday to my lovely sis Kakngah ! terima kasih sebab menjadi seorang kakak yang baik dan memahami adik adik nii. Seriously, i'm very proud of you. Even kakngah busy memanjang dengan kerjaya seorang guru tapi kakngah still boleh membahagikan masa dengan 4 orang anak and suami dekat rumah tuu. May Allah bless you always sis :')
Back to my story in title 'bestfriend', hmm nak luahkan sedikit perasaan aku dekat blog ni. Perasaan yang sedih, hiba, tangis and macam2 lah yang sewaktu dengannya. Bestfriend ? what is mean ? kawan yang always berada di sisi kawan dia bila senang dan susah, Never tinggal kan kawan tuu. Aku ada seorang sahabat baik dalam kelas ni, tak perlu lah sebutkan nama dia. Aku tak tahu kenapa sejak akhir2 ni dia tak bertegur dengan aku. Apa salah aku ? apa yang aku dah buat ? Okay aku mengalah biarlah aku yang starting tegur dia dulu tapi apa respon dia ? layan macam nak taknak, seriously dia lain, kita lain, dah tak rapat, berborak and bergosip macam dulu. Sedih bhaii hati aku :(  Apa motif status whatsapp dia "gunakan aku time kau ada masalah ke? thanks kawan", haa dia tujukan status tu pada siapa ? aku ? memang aku terasa dengan status dia tu. Cause why ? if aku ada problem aku akan story dengan dia, luahkan semua kat dia, dia yang banyak bagi nasihat, faham aku, tolong aku settle my problem. That's why la aku terasa dengan status yang memeritkan tu. And sekarang ni aku bosan, takde teman nak berborak, nak bergelak, nak bergosip semua. Seriously aku rindu kau weyyyyy ! Betul apa yang amirin cakap tu, aku yang kene mengalah, slowtalk dengan dia, and the most important rendahkan ego minta maaf dengan dia. Hmm i try do my best to protect and stay longlasting our relay bestfriend ni. And the last word, i miss you capital F :'(

Wednesday 9 July 2014

Assalamualaikum warga blog :)
Today, 10 Julai 2014 genaplah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kita dapat berpuasa dengan negara yang aman dan damai. Macam sekarang nie sedih sangat negara seislam kita di Palestin yang sedang bermatian-matian mempertahankan negara islam mereka dan masjid Al-Aqsa. SubhanaAllah ! Begitu kejamnya israel ! Timbul kesedaran dalam diri bila melihat gambar anak-anak yang masih kecil memegang senjata dengan berlumuran darah, bayi yang baru mahu mengenal dunia telah kembali ke dunia Allah. Bagaimanalah pulak kalau negara kita Malaysia nie dijajah oleh Israel ? sungguh tak dapat dibayangkan. Mintaklah dijauhkan tu semua. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan memberi mereka kekuatan, Amin :)
#selamatberpuasa

Saturday 21 June 2014

Dugaan lagi

Assalamualaikum :'(
semalam 21/6/2014 hari sedih bagi aku. Baru ada masa nak story dekat blog ni. Bangun je dari tidur semalam ibu tetiba marah aku. Aku tak tahu kenapa ? ibu tanya aku sape lelaki dalam gambar yg adik letak dalam wechat ? aku tanya lah gambar yg mana ? aku takde kot letak gambar berdua dgn lelaki dekat wechat. Nak bagi ibu puas hati, aku tunjuk gambar dalam phone aku tu dekat ibu. Aku explain gambar tu dekat ibu, dalam gambar tu ade tiga orang, aku, zatul and dayat pakwe zatul. Ibu and ayahanda ingat perempuan sebelah lelaki tu aku ? hey, zoom lah betul2 gambar tuu ! itu bukan adik ibu ! Bila explain dekat ayahanda, dia langsung taknak dengar. Malah, aku pulak kena marah dengan ibu. Ibu and ayah kandung aku sendiri pun takde nak marah aku, ni kan kau pulak orang asing yang hanya ayah tiri nak marah aku ? seriously aku tak boleh terima. Menangis tak berhenti aku :'( Ibu usap rambut aku then ibu bisik dekat telinga aku, 'sabar lah dik, kuatkan semangat and tahan jelaa'. Terus airmata aku laju mengalir saat tuu. Selalu disalah sangkakan. Dia cakap aku pembohong besar ? penipu ? taknak percaya aku sudah lahhhh ! Terasa macam nak lari dari rumah tu tapi adik ingat ibu. Aku pelik, benda yang kecik pun nak dibesarkan ? Macam aku ni budak kecik mentah lagi. Arwah ayah pun takde nak halang aku buat itu ini asalkan benda tu tak salah disisi agama. Tapi kau ? nak marah ? meningking aku ? aku memang tak boleh terima. Sorry ! Macam2 perasaan timbul pada kau. Macam mana nak suruh aku terima kau ? sedangkan kau nak api-api kan aku dengan ibu ? memang taklahhh ! Better aku diam kan diri. Lantak lah nak cakap aku kurang ajar ke apaa ? asalkan aku hormat and tak lawan cakap ibu aku. Aku tak tahu nak luahkan dekat sapa ? aku sorang :( dengan cara menangis la dapat membuatkan hati aku lega and lepaskan semuanya. Daripada satu, satu masalah yang datang. Masalah dengan kau MNH ? tiada kesudahan. Ya ALLAH, apa lagi dugaan yang kau mahu berikan pada aku ? Berilah aku kekuatan untuk aku menempuhi semuanya. Hanya engkaulah yang tahu isi hati and luahan hati aku ini. Tenang bila berjumpa kau dalam solat dan doa. Hope hari yang seterusnya lebih baik dari semalam, amin :'(

#luahan hati NS

Wednesday 11 June 2014

Motor Oh Motor !

Assalamualaikum. Sobahulkhair ?
okay, dah beberapa hari gak aku tak post my new story in this blog. Now, i'm ready for semester 6 !!!! just leave more two semester. In this sem, have a new modul. modul what ? bahasa arabiah :) best belajar bahasa arab ni. Dah macam budak starting nak belajar alif, ba, ta, tha, jim ....so excited time belajar modul ni. Haa nak story ni, petang tadi ada rewang2 untuk esok hari gotong-royong. So aku tolong lah potong2 bawang, halia, goreng kacang dah macam pangkat makcik2 dok rewang sambil mulut pok pek pok pek bergossip. hahaha. Btw, best sangat buat aktiviti macam tuu. Ditambah pulak dengan lagu2 yang boleh dikatakan mengikut cita rasa kitaorang. Apalagii ? berkaraoke lahhh dalam bengkel tuu. haha memang terbaik guys ! then petang pulak time balik, betul2 buat aku cuak, gelabah, gelisah, nak menangis pun ada bila kunci motor aku lagi sekali hilang. Aku raba raba dekat poket baju takde, aku just fikir kunci motor aku tu ade dekat seat motor so aku takde lah risau sangat. Memang dah kebiasaan tertinggal kunci dekat motor. Bila dah sampai tempat parking motor, gua cari lah kunci gua tetiba takde beb ! menggelabah habiss bak hanggg . Aku dah risau macam mana nak balik, kunci motor pendua pun aku dah lupa letak manaa. Nak menangis pun ada time tuu tapi aku tahan. Takkan nak menunjukkan aku ni nangis, hati kena sadoo beb ! panggil lah budak kelas tolong aku. Nasib baik shafiz, amirin dengan pudin sudi nak tolong. Tolong apaa ? tolong tengok je tak sempat buat apa apa pak guard yang dok rilekk je bagi kunci motor dekat aku. Aku nampak kunci tuu, terus melompat dah macam menang sejongkong emas tahu takkkk ! time tu airmata gua dah nak menitis jatuh ke bumi, ecehhhhh haha :D amirin dah cakap ' rilek lahhh takkan nangis kot, kata tak sayang motor' hishhh gila apaa aku tak sayang motor ? motor tu dah banyak berjasa pada aku. Btw, thanks sangat pada pak guard gua tuu :) Hmmm i'm so careless :( Lepas ni aku akan pastikan benda ni takkan terjadi lagi. That's all story can i share for today. So, see you soon the next story. bye yaa !
*sincerely, NS

Wednesday 4 June 2014

about my feeling

Assalamualaikum blogger,
Alhamdulillah hari ni berkesempatan puasa ganti. Before this nak puasa ada je halangan and today bersyukur sangat-sangat. Hope esok dapat ganti puasa lagi. Okay tutup cerita puasa siang tadi. hmm bosan dapat cuti pun tak tahu nak buat apaa. Stay dekat rumah update blog jelahh. Tadi lepas berbuka berseorangan tetiba phone aku berbunyi ada orang call, akim rupanya yang call. Pelik jugak aku so jawab jelahh abang aku call tu bukannya senang nak dapat call dari seorang abang yang menelefon adiknya bertanya khabar. Susah okay susah ! Dia tanya aku sekarang macam mana, dengar cerita aku sekarang kerje hmm ni mesti ibu report rojer-rojer dekat abang waa. Dah ditanya so jawab jelah dengan jujur. Tapi kann,, seriously kenapa aku rasa akim dah lain ? tak macam dulu before arwah ayah ada ? tak tahu lah tetiba hati aku rasa sedih, sakit hati, marah nak menangis pun ada bila akim macam tuu. Maybe aku terasa dengan cara dia sindir aku, ketawakan aku, sedihh bhaii guaa :'( aku tahu itu bukan diri dia ! ada something yang dia sembunyikan and membuatkan dia jadi macam tuu. Aku teringat balik ada something yang dia story dekat aku dulu. hmm maybe sebab tu lah kott. Dia tak boleh terima hakikat lagi. Kau ingat aku boleh terima semua benda tu akim ? i try tapi tetap tak bolehh. I don't know why ? lagi membuatkan aku benci dekat orang tu ada lahhhh. Akim, kau tak tahu kehidupan aku kat johor ni macam mana ? arrrgghhhhhh stressssss ! okay calmdown, fuhhhhhh -,-' not in mood pulak tetiba. hmm okay lahh stop story for today yang menyakitkan :'(
#sincerely, hati yang pendam

Monday 2 June 2014

Birthday Girl 8th






Happy Birthday 8th to my sweetie niece Nureen Nadhirah Bt Zool Amali. Sorry sangat makdik wish lambat yee. Makdik ingat birthday nureen 31 mei harituu tapi makdik tak sempat nak wish sebab kerje. Balik kerje makdik terus wish on whatsapp mama and abah nureen. Makdik rindu sangat dengan nureen. Ini lahh anak sedara perempuan yang aku bela, jaga sejak kecil lagii. Sebab my late father dulu jaga nureen ni and aku pun tumpang jaga sekali dia sampai lah dah besar panjang ni. Budak kecik ni suka tiru apa yang aku buat. Dulu aku agak kasar sikit and gaya aku pun ala ala rock gituu sampai lah si nureen ni terikut-ikut cara akuu. And now jadi masalah bagi aku bila aku suruh dia pakai dress dia taknak. heyy ! awak tu girl girl wahai nureen. hmm susah susah salah aku jugak. Betul lah peribahasa 'bapak boreh anak rintih' tapi ditukar 'mak sedara boreh anak sedara rintih' haha nice ! peribahasa aku sendiri . Bila lah budak ni nak datang kluang lagi ? hmm :( i miss u my sweetheart <3

Sunday 1 June 2014

Desaru and Tanjung Balau

My new story about going trip from kluang to kota tinggi with natasyadissa, fatihah and syafiqah on 30 mei 2014 :)

 

Perjalanan kami bertolak pada pukul 10 pagi dengan menaiki dua motosikal sym and skuter nex. Tak penat and lenguh pulakkan naik motor pergi sanaa. Sumpah penat ! haha tapi best babe. Time tu kitaorang pergi hujan renyai-renyai sikit sampai nak teraccident aku bawak motor, jalan licin ya amat ! Banyak betul persinggahan kami di stesen minyak, madah nak isi minyak jee. Motor pun hangit, bila simbah air dekat ekzoz berasap gila bapak ahhh dah macam bakar sate gayanyaa. haha. Nasib baik baby motor gua tu okay :* and kami sampai dalam pukul 1 lebih di desaru. Seriously macam tak percaya even kami ni perempuan bawak motor boleh sampai ke kota tinggi and balik semula ke kluang dalam masa satu hari je. Hebat takk kitaorang ? haha tahu hebat :p memang this is my new experiance :)





 Wait ! tak habis cerita lagi ni, lepas pergi desaru kitaorang pergi tanjung balau pulak.Nak dibandingkan tanjung balau lagi best dari desaru. I think tanjung balau lebih safety if nak mandi daripada desaru.Tak kisah lahh kalau hati dah terpaut pada air, dua2 tempat TERBAIKKK !dah penat2 kitaorang pun balik dalam pukul 5 and sampai di rumah pukul 7 lebihhh. Pergi lama, balik sekejap. Terpaksa lah kitaorang tak pergi kerje kalau dah balik lambat macam tu. Call supervisor bagitahu kitaorang tak dapat datang kerje, fuhhh nasib baik tak marah sangat. In this story, kitaorang pergi dua tempat lahh dalam satu hari. haha seronok gilaaa ! Actually hati aku tak boleh dipisahkan dengan air, laut dan pantai. Rasa tenang sangat and segala masalah yang aku ada boleh hilang dengan sekelip mata bila dengar desiran air. Kalau boleh bila wedding aku nanti aku nak buat dekat tepi pantai. haha see ? dah berangan nak kahwin pulak akuu :p So ke manakah kita lepas ni ? haha tunggu je lah story aku lagi next time.




 Thanks to tasya, teha and joyah her nickname yang sanggup layan kerenah and otak gila-gila aku ni. I love you guys so much, much and much. haha. #pekerja econsave


Lastly just wanna say, kumpul lah sebanyak mana pengalaman and memori yang kita cipta. Percayalah sebanyak mana yang kita kumpul itu takkan ada satu pun yang kita lupa. That's why my title of this blog diberi Memories Last Forever bermaksud benda yang selama-lamanya adalah memori :)



Never end this story